Tuesday, September 16, 2008

Rotavirus di Malaysia: Pengesahan, Epidemiologi dan Uji Kaji Makmal. 2007. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-837-7 (kulit lembut). 56 hlm. RM20.00


Rotavirus di Malaysia: Pengesahan, Epidemiologi dan Uji Kaji Makmal. 2007. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-837-7 (kulit lembut). 56 hlm. RM20.00. Yap Kok Leong.

Kaedah pengesanan rotavirus di Malaysia mengikut urutan waktu sesuatu kaedah diperkenalkan di negara maju iaitu mikroskopi elektron, imunoasai, elektroforesis gel poliakrilamid (PAGE) dan kaedah biologi molekul. Kajian epidemiologi infeksi rotavirus pada kanak-kanak di dua hospital di Kuala Lumpur selama 12 bulan atau lebih melaporkan prevalens adalah purata 27%. Prevalens pada pesakit dewasa dengan keluhan diarea adalah 4%. Rotavirus tidak dikesan pada neonat tanpa diarea di Hospital Materniti Kuala Lumpur. Satu kajian masyarakat selama 1 tahun di Kuala Lumpur dan kawasan pinggir kota melaporkan infeksi rotavirus berlaku pada 12% kanak-kanak yang menghidap diarea dan 3.2% kanak-kanak tanpa diarea. Diarea rotavirus adalah paling prevalen pada kanak-kanak berusia 7-35 bulan. Prevalen adalah sama pada kedua-dua jantina, kanak-kanak daripada hospital bandar dan desa. Diarea rotavirus berlaku di sepanjang tahun dan terdapat dua kemuncak; prevalens terendah adalah pada musim ‘kering’ di antara kedua-dua musim tengkujuh di Lembah Klang. Faktor sosioekonomi dan higen bukan penentuan penting prevalen. Di Hospital Universiti, bakteria enteropatogen, rotavirus dan adenovirus dikesan dalam urutan tahap prevalen yang menurun pada kanak-kanak yang menghidap diarea. Di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Pediatrik Kuala Lumpur, urutan adalah rotavirus, adenovirus dan bakteria enteropatogen. Infeksi rotavirus bersama bakteria enteropatogen atau adenovirus jarang berlaku. Rotavirus yang dikesan adalah virus kumpulan A kecuali satu. Kebanyakan mempunyai slektroferotip panjang dan serotip 4 (71%). Serotip lain adalah 1, 2 dan 3. Genotip G4[8] yang paling banyak (87%); genotip lain adalah GIP[8] dan G3P[8]. Muntah lebih prevalen secara bererti pada kanak-kanak yang mengidap diarea yang di asosiasi rotavirus berbanding yang tidak diasosiasi rotavirus. Prevalen rotavirus di dua ladang ternakan khinzir di Negeri Sembilan dan Melaka adalah 33% pada anak khinzir di Negeri Sembilan dan Melaka adalah 33% pada anak khinzir yang menghidap diarea dan 8% yang tiada diarea. Pola PAGE menunjukkan rotavirus kumpulan A yang paling banyak (78%), sedangkan kumpulan C dan kumpulan B atau E didapatkan dalam proposi yang sama. Sejumlah 19 elektroferotip dikesan. Reagen ujian aglutinasi slaid rotavirus dihasilkan dengan pelekatan pasir antibodi anti-rotavirus jenis poliklon pada permukaan Staplhylococcus aureus dan manik polistiren. Reagen ujian S. aureus memberi aglutinasi tak spesifik dengan sebahagian besar feses diarea. Situasi itu diatasi dengan pengeraman feses terlebih dahulu bersama S. aureus biasa. Langkah itu memberi hasil setanding ujian aglutinasi lateks komersial. Dengan partikel polistiren, kepekatan ion dan pH reagen dan sampel adalah penentuan penting kesensitifan ujian dan kemunculan aglutinasi tak spesifik. Pengubahsuaian ujian aglutinasi lateks rotavirus komersial dengan pengurangan isipadu reagen lateks dan sampel ujian mempertingkatkan kadar dan tahap aglutinasi tetapi ia juga menyebabkan aglutinasi tak spesifik dengan sesetengah sediaan reagen. Infeksi monyet Macaca fascicularis dengan rotavirus kumpulan A secara makmal bergantung kepada umur: bayi baru lahir, infeksi bersimptom; bayi yang lebih tua, infeksi. Monyet bayi yang dipelihara terpisah dari ibu membolehkan pengesanan pengumuhan feses dan pengamatian feses dilakukan dengan tepat. Kajian penularan rotavirus menunjukkan bahagian terbesar partikel rotavirus yang terlekat pada kaki lalat rumah (Musca domestica L.) dipindah ke permukaan sentuhan pertama; kemampuan memindah virus ke lebih satu permukaan sentuhan secara berurutan meningkat dengan sentuhan yang lebih lama dan permukaan yang lembut.



Monday, September 15, 2008

Anatomical Atlas of Malaysian Medicinal Plants. Volume 1. 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-757-9 (paperback). 154 pp. RM 35.00. Khatijah Huss

Anatomical Atlas of Malaysian Medicinal Plants. Volume 1. 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-757-9 (paperback). 154 pp. RM 35.00. Khatijah Hussin.

In the last few decades herbal medicine has regained its popularity as a complementary or alternative medicine and is gaining worldwide acceptance. With the increase in the popularity of plants as an alternative medicine, more herbal drugs are now available in various forms in the market. Due to the increase in demand, the price of raw materials has also inevitably increased. There has been a rapid development in the herbal industries utilising locally available plants, either wild or introduced. Therefore an accurate identification is crucial before chemists and pharmacognosists can search for new chemical subtances from those plants and repeat their experiments. According to the latest report, there are about 1,2000 species of plants in this country that have potential pharmaceutical value. The study of plant anatomy is central in the identification or confirmation of species, especially in the absence of floral or fruiting materials. Studies have shown that many anatomical characteristics of the leaves and petioles vary between species. These include the structure of the leaf midribs, laminas, margins, venation, patterns and epidermis. A detailed anatomical description of the plant organ would also be very useful to help identify the cells and tissue fragments for the confirmation of species in herbal product.

KHATIJAH HUSSIN, Ph. D., is an Associate Professor at the School of Environmental and Natural Resource Sciences, Faculty of Science and Technology. Another of her publication with Penerbit UKM is Sumber Asli Tasik Chini (ed. with Mushrifah Idris & Abdul Latiff Mohamad 2005).

Published by:

Penerbit UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor,

Malaysia

Fax no. 03-89254575


Sunday, September 14, 2008

T. Collin: Penghayatan Ilmu Linguistik melalui Pemetaan Dialek Melayu Sealam Melayu.


Penghayatan Ilmu Linguistik melalui Pemetaan Dialek Melayu Sealam Melayu. ISBN 978-967-942-831-5 (kl). 78 hlm. RM20.00. James T. Collins.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya lima puluh tahun lalu, penyelidikan linguistik Malaysia telah mencatat banyak kemajuan. Sistem kolonial tidak mewarisi tradisi penyelidikan linguistik yang bererti tentang bahasa di Malaysia. Tetapi, sejak merdeka, warga Malaysia sendiri, walau terpaksa mulai membina dan menghasilkan struktur pengetahuan linguistik yang kompleks tentang Malaysia dan bahasanya – suatu sumber ilmu yang dapat dirujuk dan dihayati. Masih terdapat beberapa jurang dalam pengetahuan kita, tetapi jurang-jurang itu dapat diisi kelak kerana Malaysia sudah memberikan sokongan yang kukuh kepada ilmu linguistik dan penyelidikan bahasa. Salah satu bidang penyelidikan linguistik yang beranjak pada permulaan yang teguh adalah pemetaan bahasa dan dialek di Malaysia dan di Alam Melayu. Prof. Dr. Asmah Haji Omar ialah ahli linguistik Malaysia pertama yang berusaha mendeskripsikan dialek Melayu dan menyusun peta awal tentang persebaran geografi dialek itu. Peta asasi ini yang dicetak tiga puluh tahun lalu dengan data dan analisis sokongannya, tetap berperanan sebagai sumber informasi utama tentang dialek Melayu di Malaysia. Walaupun kemudiannya pernah diterbitkan peta dialek lain tentang kawasan tertentu di Malaysia, masih belum ada peta selain keupayaan Asmah yang bersifat komprehensif dan lengkap dengan analisis dan data tentang persebaran dialek Melayu di Malaysia. Maksudnya, kajian yang melanjutkan usaha perintis Asmah masih terbatas. Tambahan lagi, maklumat tentang dialek Melayu di rantau dan pelosok lain di Alam Melayu, malahan kalau ada pun kurang meyakinkan. Pakar kartografi dan ahli linguistik di Eropah, Amerika dan Australia terpaksa bersandar pada catatan dan prasangka abad yang kesembilan belas untuk menyusun peta bahasa di Alam Melayu. Justeru kerana kekurangan maklumat tersebut kepelbagaian dan ketersebaran dialek Melayu di Alam Melayu tidak digambarkan dengan tepat dalam teks dan atlas yang piawai tentang Asia Tenggara dan wilayah Pasifik. Telah sampai waktunya untuk menyambut cabaran yang tersirat dalam sumbangan perintis Asmah. Melalui penyelidikan yang dijalankan terutamanya oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (UKM), kini kita mengetahui lebih banyak tentang dialek Melayu di pelbagai kawasan Asia Tenggara. Sekarang kita harus menyatukan hasil kajian lapangan linguistik yang terperinci itu dengan teknologi moden, termasuk penggunaan peta yang diakses dari imej satelit serta pemanfaatan alat GPS (Global Positioning System). Selain itu, sepatutnya kajian lapangan tambahan dijalankan di wilayah-wilayah yang selama ini kurang diselidiki seperti Borneo, Maluku dan Papua. Walau bagaimanapun kemajuan dalam penghasilan peta pemaparan harus diimbangi dengan kemajuan dalam pemetaan tafsiran supaya peranan dan penyebaran bahasa Melayu di Asia Tenggara, bahkan kawasan yang lebih jauh pun dapat ditanggapi oleh komuniti sarjana global. Sikap yang negatif atau sekurang-kurangnya sikap tak peduli tentang bahasa Melayu yang agak luas terkesan di kalangan ahli linguistik Melayu-Polinesia pun hanya akan berubah kalau data yang meyakinkan ditafsirkan dan diedarkan untuk pembaca dunia sejagat.


Published by:

Penerbit UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor,

Malaysia

Fax no. 03-89254575